
SEPTEMBER – SARINGAN KESIHATAN & HEBAHAN INISIATIF KERAJAAN








π Kami di Hari Terbuka Kolej Cyberjaya Kuching! π
π
Tarikh: Sabtu, 27 September 2025
π Masa: 8.00 pagi β 1.00 tengah hari
π Lokasi: Kolej Cyberjaya, Cawangan Kuching
Kami berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan Hari Terbuka Kolej Cyberjaya Kuching baru-baru ini! Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan yang bermakna ini. π
Tidak dilupakan juga…
π Penghargaan khas buat semua pelajar dan pensyarah yang hadir serta menyertai saringan kesihatan percuma yang kami sediakan.
Semoga usaha kecil ini memberi manfaat dan menyemarakkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan komuniti kampus. πΏπ©Ί
π Kesihatan adalah aset, pencegahan adalah kunci!
#HariTerbuka #KolejCyberjayaKuching #SaringanKesihatan
KEY COMMUNICATOR – JKOM







21/09/2025 | 9:30-11:30 Pagi
Sesi Perjumpaan J-KOM bersama Key Communicator di NADI Taman Indah Landeh telah menghimpunkan wakil komuniti setempat untuk memperkukuh peranan mereka sebagai penyampai maklumat utama.
Melalui sesi ini, para peserta berpeluang berkongsi pandangan, mendalami isu semasa, serta mengukuhkan fungsi mereka sebagai jambatan penting antara kerajaan dan masyarakat.
Komitmen dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat, jelas, dan mudah difahami.
Terima kasih kepada semua peserta dan komuniti sekitar yang hadir. Mari kita terus bergerak seiring, menjadi agen maklumat yang berwibawa demi kebaikan bersama!
PECUTAN MERDEKA












PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA BERSAMA NADI TAMAN INDAH LANDEH BERJAYA DILAKSANAKAN! ![]()
Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
Lokasi: NADI Taman Indah Landeh
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia anjuran NADI Taman Indah Landeh telah berjaya dilaksanakan dengan meriah pada 7 September 2025 yang lalu. Sambutan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang hadir memeriahkan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk:
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mahir Masak: Hias Muffin
Saringan Kesihatan Percuma
Tayangan Video Patriotik
dan banyak lagi aktiviti yang diadakan
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah turut memperkukuh silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.