NADI Taman Indah Landeh

NOVEMBER 2025

NADI X SHIELD


🛡️ SHIELD: Berita Palsu |📅 Isnin, 24 November 2025


NADI X SAFE & SHIELD


🛡️ SHIELD: Pengantunan Siber |🌐 SAFE: Laman Web Berbahaya |📅 Isnin – Khamis, 17 – 20 November 2025


OGOS 2025

NADI X SAFE

Program Taklimat Safe: Buli Siber
📅 Tarikh: 20 Ogos 2025
📍 Tempat: Nadi Taman Indah Landeh

Program Taklimat Safe: Buli Siber telah berjaya dianjurkan pada 20 Ogos 2025 bertempat di Nadi Taman Indah Landeh. Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para peserta terhadap isu buli siber yang semakin berleluasa, serta memberi panduan dalam menangani ancaman keselamatan digital dengan lebih berkesan.

Para peserta telah menunjukkan minat dan penglibatan yang aktif sepanjang sesi berlangsung. Diharapkan taklimat ini dapat memberi impak positif dalam usaha mewujudkan ruang digital yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab.


NADI X SHIELD

Program Taklimat Shield: Pembelian Atas Talian
📅 Tarikh: 21 & 23 Ogos 2025
📍 Tempat: Nadi Taman Indah Landeh

Program Taklimat Shield: Pembelian Atas Talian telah berjaya dilaksanakan pada 21 dan 23 Ogos 2025 bertempat di Nadi Taman Indah Landeh. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek keselamatan dan kepintaran dalam membuat pembelian secara dalam talian.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan penyertaan aktif daripada para peserta sepanjang sesi. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian serta membantu mengurangkan risiko penipuan dalam talian.