
NOVEMBER 2025
WEBINAR BERKALA



DILEA – WEBINAR BERKALA (Matematik)
29 November 2025 |
NADI Taman Indah Landeh
OPEN TUITION



DILEA – OPEN TUITION (Sejarah)
📅 24 November 2025 |📍 NADI Taman Indah Landeh



DILEA x NADI – OPEN TUITION (Bahasa Inggeris)
📅 18 November 2025 |📍 NADI Taman Indah Landeh
OKTOBER 2025
WEBINAR BERKALA



🎓 Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir dan menyertai NADI X DiLea Webinar Berkala Matematik! 🙌
📍 Tempat: NADI Taman Indah Landeh
💻 Tajuk: Webinar Berkala Matematik
Program ini dijalankan bagi meningkatkan pemahaman peserta dalam subjek Matematik melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang memperkukuh asas Matematik, mengasah kemahiran berfikir secara logik serta membina keyakinan dalam menyelesaikan masalah.
Kami amat menghargai penglibatan dan komitmen para peserta sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran harian dan menjadi pemangkin kecemerlangan akademik pada masa hadapan.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda dalam menjayakan NADI X DiLea Webinar Berkala Matematik.
GUIDANCE TUITION



📚💻 Tahniah Peserta DiLea – Guidance Tuition (Subjek Matematik)! 💻📚
📍 Lokasi: Nadi Taman Indah Landeh
🖥️ Kelas dijalankan secara atas talian melalui Google Meet
Syabas kepada semua peserta yang telah mengikuti DiLea (Digital Learning) bagi subjek Matematik! 🔢📐
Walaupun kelas berlangsung secara digital, semangat dan kesungguhan anda jelas terpancar sepanjang sesi. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas kukuh untuk terus maju dalam pelajaran. 🌟
Teruskan belajar, teruskan berkembang!
ENGLISH PROFIENCY



📘💻 Tahniah Peserta DiLea – English Proficiency! 💻📘
📍 Lokasi: Nadi Taman Indah Landeh
🖥️ Kelas dijalankan secara atas talian melalui Google Meet
Syabas kepada semua peserta yang telah mengikuti sesi DiLea (Digital Learning) bagi modul English Proficiency! 🌟
Sesi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah kemahiran bahasa Inggeris secara interaktif dan berkesan, walaupun dijalankan secara dalam talian. Komitmen dan kerjasama anda semua amat dihargai. 🗣️📖
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas kukuh dalam meningkatkan keyakinan berbahasa Inggeris.
Teruskan belajar dan terus maju ke hadapan! 🚀
SEPTEMBER 2025
OPEN TUITION


21/09/2025 | 9:30-11:30 Pagi
Sesi Perjumpaan J-KOM bersama Key Communicator di NADI Taman Indah Landeh telah menghimpunkan wakil komuniti setempat untuk memperkukuh peranan mereka sebagai penyampai maklumat utama.
Melalui sesi ini, para peserta berpeluang berkongsi pandangan, mendalami isu semasa, serta mengukuhkan fungsi mereka sebagai jambatan penting antara kerajaan dan masyarakat.
Komitmen dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat, jelas, dan mudah difahami.
Terima kasih kepada semua peserta dan komuniti sekitar yang hadir. Mari kita terus bergerak seiring, menjadi agen maklumat yang berwibawa demi kebaikan bersama!


Kelas Open Tuition Bahasa Melayu (Atas Talian)
📅 Tarikh:18 September 2025
⏰ Masa: 3.30 petang
📍 Platform: Google Meet @ NADI Taman Indah Landeh
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Kelas Open Tuition hari ini di NADI! ![]()
Suasana penuh semangat, ilmu yang bermanfaat, dan interaksi yang menginspirasi — inilah yang kami usahakan setiap kali. ![]()
Teruskan bersama kami dalam sesi-sesi akan datang. Ilmu itu pelita hidup! ![]()
01 OGOS – 31 OGOS 2025
OPEN TUITION


Kelas Open Tuition Bahasa Melayu (Atas Talian)
📅 Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025
⏰ Masa: 3.30 petang
📍 Platform: Google Meet @ NADI Taman Indah Landeh
Kelas Open Tuition Bahasa Melayu secara dalam talian telah berjaya dianjurkan pada 7 Ogos 2025 melalui platform Google Meet, melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini bertujuan membantu pelajar membuat persediaan rapi menjelang peperiksaan dengan memberi tumpuan kepada aspek penting dalam subjek Bahasa Melayu.
Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang hadir dan menunjukkan semangat belajar yang tinggi. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Diharapkan para pelajar terus konsisten menyertai kelas-kelas bimbingan seterusnya.