
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights.
Mangsa yang kehilangan kad pengenalan, sijil kelahiran, atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh JPN boleh mendapatkan dokumen gantian tersebut tanpa sebarang bayaran.
Bas MEKAR JPN akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra, Putra Heights pada hari esok, 3 April 2025 (Khamis), dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Artikel penuh: https://www.facebook.com/share/v/15QxZETwch/?mibextid=wwXIfr