SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN INDAH LANDEH

NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komunititempatan di kawasan luar bandar.
Objektif Penubuhan
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan adalah:
- Pengenalan asas komputer
- Asas internet
- Aplikasi elektronik ; e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang
- Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
- Latihan keusahawanan
Jumlah Keahlian
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah membuka keahlian kepada orang ramai. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Sebaran Mahklumat Nasional (NADI) bagi medapatkan perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli NADI terkumpul sehingga kini adalah
KESELURUHAN HARI PADA JANUARI 2025 | 986 |
Kenali Petugas NADI
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum sah dilantik menjadi petugas NADI. Kenali kami :

PENGURUS NADI TAMAN INDAH LANDEH
NAMA | TARIKH MULA BERKHIDMAT |
Dayang Nur Liyana Binti Awang Sarbini | 1 September 2024 |

013 870 4550
PENOLONG PENGURUS NADI TAMAN INDAH LANDEH
NAMA | TARIKH MULA BERKHIDMAT |
Nurul Ain Binti Ahmad Saibi | 17 Januari 2025 |

011 1201 9778
